Amanah Rakyat | PM ingatkan pemimpin kerajaan Negeri Sabah

2022-03-23 11

Perdana Menteri memberi peringatan bahawa keberadaan kerajaan Perikatan Nasional bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan Negeri Sabah adalah atas sokongan rakyat Sabah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin justeru meminta pemimpin kerajaan Sabah agar tidak lupa akan harapan dan amanah yang diberikan rakyat.
Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kota Kinabalu.